Search site


Contact

MZ Northern Telecommunication
A-1 PUSAT KOMERSIAL(PEKAN RABU)TASEK GELUGOR
TASEK GELUGOR 13300
SEBERANG PERAI UTARA
PULAU PINANG

013 4285919
013 4285419
019 4589686

E-mail: mznorthern@hotmail.com

Blog

Pahit dan Manis Berjuang

28/10/2009 10:30

Banyak suka dan duka sepanjang tempoh promosi berlangsung. Marah , geram , penat , letih dan macam-macam lagi yang kami tempuhi bersama semua staf yang terlibat hampir di semua tapak-tapak promosi anjuran CELCOM. Ada staf yang terus tulis surat resign sebab dah tak tahan dengan dugaan semasa promosi. TAPI haaaa..... jangan tak tau pulak !  bukan semua yang bekerja dlm dunia telekomunikasi ni lemah semangat..... contohnya KAMI D TEAM MZ NORTHERN NI HAAA ..... terus berjuang sampai ke titisan peluh terakhir . Wahh, dah macam citer Hang Jebat le pulak... 

Time keje semua serious gilerr , lepas keje kita boleh buat-buat lupa apa yang tension tadi...... mau tidaknya dengan kerenah pelanggan dan macam-macam lagi lah. Untuk semua staf yang terlibat semasa promosi di Perlis ( depan CELCOM CENTRE ) , MZNORTHERN mengucapkan tahniah kerana anda semua telah bekerja bersungguh-sungguh. Begitu juga semasa promosi besar-besaran di KARNIVAL JUBLI EMAS YANG KE 50 SULTAN KEDAH di Alor Setar .Kita semua keje sampai jam 12 tengah malam , kira borang , kira duit dan kira penat sekali lah.... 

Tak lupa juga untuk staf yang terlibat semasa MZ NORTHERN mengadakan promosi di CENTRE SQUARE , SG. PETANI dari jam 10 pg - 10 malam . Juga kepada En. Johari yang sudi menumpangkan staf kami di kediamannaya selama 3 hari dan 3 malam , pihak MZ NORTHERN mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih di atas budi baik anda. Jasa anda semua tak mungkin dilupakan.

Ooooppsss... teringat pulak satu kisah yang telah terjadi tanpa sengaja dan tanpa dirancang... belum citer dah nak ketawa dah nii.... alkisah malam akhir lepas kita orang habis promosi kat Centre Square tu haaa.. punya lah laparnya. Siap kemas barang je kami berempat terus pusing-pusing sg. petani, kononnya nak cari tempat makan paling selesa laa..last pusing kami pun stop kat satu kedai makan ala Thai. Tanpa tunggu di jemput kami pun duduk le di satu tempat yang agak strategik , gelap la sikit tapi sebab berkenan sangat dengan kerusi dan meja buatan rotan yang lain dari yang lain tu ... salah sorang staf kami malam tu bukan calang-calang badan le jugak . Sebelum makan, staf yang sorang lagi tu dah ingatkan dia jangan makan banyak sangat takut terjadi 'benda' yang tidak diingini... ( demi Allah, kami pun tak pernah le mintak jadi macam tu )..

Sampai je makanan yang dipesan, apa lagi kami pun makan lerr...... sambil sembang sambil makan, mak datok oiii tengah syok kami makan tiba-tiba bangku rotan yang si anu duduk pecah bahagian tengah ! bunyi pulak tu, prrrappp...... ya Allah malunya kami. Semua mata pandang kami, ada yang sampai terbahak-bahak ketawa gilerr... kami yang kena pun dah tak tahan perut dahhh.Kami terpaksa buat selamba bodoh je , sebaik saja sorang pekerja kedai makan tu datang kira berapa yang kami makan malam tu kami pun blahh....

Dalam kereta ada pulak yang buat lawak, kira lagi sekali dan ada le terlebih rm5.... Tak pe lah, kira bayar duit bangku rotan klasik yang pecah tu je lahhh...Dalam hati kami ni kesian le pulak dengan tuan punya kedai makan tu, tentu terkejut bila tengok bangku rotan yang dah tak serupa bangku tu. Lepas kejadian tu kalau nak singgah kedai makan dengan si anu, kami akan tengok dulu kot-kot ada lagi kedai makan yang menggunakan bangku rotan macam dulu tu ! nanti tak pasai-pasai pecah pulak harta benda orang yang tak berdosa tu...Untuk si anu yang dah tak bersama team mznorthern,jagalah kesihatan dan jangan lupa kalau nak makan kat luar tu pilih je kedai makan yang ada bangku dan meja batu,,,,, selamatttt...